Pada hari perkhemahan itu, saya sudah menyiapkan barang - barang untuk dibawa ke sekolah.Saya sangat gembira dan teruja pada hari itu.Saya salam ibu saya dan memakai kasut.Bila tiba saja di sekolah,saya salam bapa saya pula dan terus pergi. Mula - mula, saya ke dewan terbuka untuk meletak beg baju saya.
Selepas itu, cikgu menyuruh untuk berdaftar di meja unit beruniform masing - masing.Selepas itu , semua unit beruniform akan bermain sesuatu permainan yang bernama ICEBERG.Permainan itu bermaksud permainan bekerjasama.
Selepas itu , Cikgu Yamin ( pengetua perkhemahan ) menerangkan bagaimana memasang khemah. Selepas itu , semua orang sedang mendirikan khemah mengikut unit beruniform masing - masing. Semua orang sudah mendirikan khemahnya. Selepas itu , semua orang ke kantin untuk makan pagi dan berehat di dewan terbuka . Cikgu Amir menyuruh semua orang ke dataran perhimpunan untuk berkawat kaki.
Selepas beberapa minit , semua orang berehat. Ustaz Affendi suruh semua orang mengambil begnya dan susun di dalam khemah masing - masing.Selepas itu , solat zuhur dan makan tengahari .Semua orang sedang duduk di dewan terbuka.Cikgu - cikgu yang lain sedang membincang fasal pertandingan membuat sandwic dan menghias khemah.Semasa cikgu berbincang, ustaz Affendi mengajar banyak lagu ,tarian, dan tepukan berirama.
Selepas cikgu - cikgu membincang ,kami semuapun bangun. Yang perempuan ke kantin untuk membuat sandwic , dan yang lelaki pula ke khemah untuk menghiasnya. Selepas semua orang sudah siap ,hakim -hakim pula datang untuk melihat hasilnya.
Selepas itu , semua orang ke surau untuk solat asar.... "Ok , semua orang diminta senyap . kerana sebentar lagi , kita akan mengadakan pertandingan melukis berganti - ganti ."kata Cikgu Lis.....
Kumpulan saya membuat hasil lukisan Taman Bunga... Selepas sahaja pertandingan itu, kita semua ke kantin untuk makan petang.Selepas sahaja makan , saya dan kakak Khairina ke tandas dan uruskan diri..Saya mandi ,sabun , shampoo ,dan lain - lain..
Selepas itu , ustaz Shahbani menyuruh semua orang naik ke surau untuk solat maghrib.Kita semua naik ke atas dan solat berjemaah sama - sama..........Then, ustaz Shahbani buat khutbah pada malam itu..
Selepas solat maghrib dan khutbah , cikgu - cikgu ada buat pertandingan persembahan kebudayaan. Unit beruniform saya buat persembahan dikir barat TKRS............Ustaz Shahbani sangat menyukai akan persembahan kami (TKRS)..
Sudah tiba masa untuk Sesi burung hantu .Permainannya begini , semua orang kena bawa penutup mata masing - masing .Dan kena tutup matanya.. Cikgu unit beruniform akan pegang tangan kamu..Cikgu akan bawa kamu sekeliling sekolah .. Bila cikgu kamu suruh duduk di situ , duduk diam - diam..
Selepas kamu duduk , untuk sekolah sayalah., ada bunyi atau panggilan , cikgu suruh kamu sebut perkataan rahsia..Pada masa itu , ramai kawan - kawan saya menangis.. Sebab saya rasa pada waktu malam kut..Saya pun ada menangis sikit - sikit laa..
Selepas itu , cikgu bawa kamu ke dewan terbuka..Dan cikgu - cikgu menyuruh semua orang tidur...Tetapi saya tidak tidur sehingga pukul 1:30 pagi..Saya dan kawan - kawan sedang makan di dalam khemah kita.Dan pukul 1:55 pagi saya dan kawan - kawan telah tidur.
Saya bangun pukul 6:05 pagi , tetapi yang lain saya kejutkan mereka.Saya pergi ambil saya punya barang mandian , baju dan lain - lain.Selepas itu , saya ke bilik air dan uruskan diri sayalah.
Selepas sahaja uruskan diri , saya masuk dalam khemah gelap , kawan - kawan saya dalam bilik airkan ,so saya pergilah jumpa kawan saya Shafiyyah , saya bersembang dengan dia.Tiba - tiba ,saya terdengar azan .Saya panggil kawan saya,"Shafiyyah ,jomlah"....
"Sabarlah , kita amik telekung" shafiyyah cakap..."OK"......saya cakap.Saya nak ambik lampu suluh.Saya naik atas ke surau dengan Shafiyyah....Nasib baik saya bawak lampu suluh , kalau tak. Saya dan Shafiyyah dah berjalan dalam gelap tau.
Saya dan Shafiyyah dah sampai pun di surau..."Shafiyyah, kita kena solat dengan kakak Khairina tau"..saya cakap dengan dia..."OK"dia cakap dengan saya.Semua orang sedang solat subuh ............Ustaz shahbani imamnya.. kita semua solat berjemaah sama - sama.
Selepas sahaja solat subuh , cikgu suruh turun dan duduk di dewan terbuka dahulu ... Lepas tu , cikgu suruh pergi ke khemah masing - masing dan kemas barang - barang. Dan juga lipat balik khemah masing - masing. Lepas tu , ambik - ambik gambar dan pergi makan pagi.......
Cikgu panggil semua orang ke dataran perhimpunan untuk menyanyikan lagu Negaraku,Negeri melaka dan Melaka maju..... Selepas nyanyi lagu - lagu tu , Cikgu Tania ajak bersenamrobik....Semua orang bersenamrobik sama -sama lah...
Lepas senamrobik , kita semua pergi ke dewan terbuka sebab nak menyampaikan hadiah.Unit beruniform saya mendapat tempat ke -2 untuk pertandingan persembahan kebudayaan.Puteri islam mendapat tempat pertama....
Lepas senamrobik , kita semua pergi ke dewan terbuka sebab nak menyampaikan hadiah.Unit beruniform saya mendapat tempat ke -2 untuk pertandingan persembahan kebudayaan.Puteri islam mendapat tempat pertama....
Selepas sahaja penyampaian hadiah , Cikgu suruh balik .....Dan semua orang balik..."YAYYYY"!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bila saya dekat perkhemahan , saya rasa macam rindu dekat ibubapa saya dan keluarga:(....macam tak biasa...
Dan itulah kisah "PENGALAMAN SEMASA BERKHEMAH DI SEKOLAH"............saya.
No comments:
Post a Comment